There was an error in this gadget

Friday, 5 December 2014

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERLIS

Sejenis makanan yang popular di kalangan masyarakat tani di negeri ini iaitu 'ringgi' dan 'emping' kini mula menjadi perhatian semua golongan apabila musim timur melanda Perlis. Keenakan rasanya yang sedap ini hanya dapat dirasai setahun sekali sahaja iaitu pada musim timur atau kini sedang popular dengan sebutan 'winter wind' di kalangan penduduknya. Bagi kebanyakan petani yang menanam benih padi pulut ini, masa sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat ringgi dan emping sementara menunggu padi di sawah masak atau menguning. Menurut kebanyakan petani yang menanam dan membuatnya, tidak semua petani menanam benih padi ini memandangkan kepada kesukaran untuk menghasilkannya, tambahan jika tiada peralatan yang lengkap. 

Setelah padi tersebut berbunyi dan kekuningan, ia akan diangkat dari atas api untuk ditumbuk menggunakan lesung indik atau lesung tangan sebelum ditampi antahnya secara begilir. Bagi golongan petani yang membuat makanan istimewa mereka ini, sudah menjadi tradisi dan budaya di kampung pak tani, ahli keluarga dan jiran tetanggakan berkumpul untuk memeriahkan suasana sambil mewujudkan semangat kerjasama.

Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin ringgi yang boleh dihasilkan ialah hempat kepoi (secupak). 


Ringgi


MAKANAN TRADISIONAL NEGERI JOHOR

LAKSA JOHOR

Biasanya mee yang digunakan ialah spaghetti,
Class gitu orang johor ni,
Kemudian kuahnya pula biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan tenggiri
Dan tak lengkap laksa Johor tanpa ulam-ulamannya
Ada limau kasturi yang dibelah dua, taugeh, 
bawang, timun, jeruk lobak, daun kesum dan daun bawang.
Dan akhir sekali, letakkan sambal belacan untuk lebih sedap dan nikmat. 

MEE BANDUNG



Biasanya orang tak panggil Mee Bandung Johor, tapi Mee Bandung Muar
Dan sejujurnya dan merasa mee bandung di Terengganu, Selangor dan tempat lain
Mee Bandung Muar tiada tandingannya !
Mee Bandung Muar ni kalau nak sedap maka perlulah lengkap ramuannya
Tak boleh ada shortcut2 bahan macam sesetengah kedai buat
Jadi, tak peliklah kenapa Mee Bandung Muar harganya agak mahal sedikit
Mestilah cukup binatang2 dalam kuahnya seperti udang, sotong dan ayam
Mestilah ada telur, telur goreng atau telur rebus bergantung pada selera masing2
Mestilah cukup pedasnya :)


SOTO



Soto ada dua jenis iaitu soto nasi dan soto bihun
soto bihun lagi mengancam
Nikmat makan soto pabila soto yang lengkap dengan hirisan ayamnya,
sambal kicap yang pedas, kacang tanah, daun bawang dan paling penting bergedil.


NASI AMBANG



Subhanallah, kecur tengok gambar ni.
Kalau offer memang tak dapat nak menolak lah senang kata
Tapi sesetengah orang tak minat sebab agak complicated menunya
Hidangan nasi ambang yang lengkap lebih kurang macam gambar di atas
Nasi + Ayam masak merah/ kicap pedas + mee kasar + ikan masin + serunding + sambal jawa + sayur + keropok goreng
Kalau datang Johor, silalah cuba nasi ambang yea?
Gerenti puas hati :)

BOTOK-BOTOK




Haaa...kalau yang ni orang luar nampak confirm pelik
Yelah, nampak comot dan serabai je kalau dihidang
Tapi rasanya...ummphhh sedap lagi menyelerakan
Kalau hari-hari biasa susah nak nampak botok-botok ni
Selalunya semasa bulan Ramadhan yang banyak dijual di bazaar
Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang
Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 
daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.
Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus. 



MAKANAN TRADISIONAL NEGERI KELANTAN

Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.



Kuih Akok




Ayam Percik




Budu



Etok




Nasi Kerabu




Sambal Daging



Ketupat Sotong



Jala Mas




Laksam




Nasi Tumpang


Maghi ramai-ramai kito pakat g KELATEY !! 

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SELANGOR

Makanan juga merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia. Selain itu, makanan juga merupakan salah satu warisan tradisi kita. Makanan yang mempunyai kaitan dengan warisan sejarah rakyat pelbagai kaum di Selangor, contohnya Bak Kut Teh (makanan masyarakat kaum buruh kasar Tionghua), tempe (makanan masyarakat Jawa yang merupakan kesukaan Yang Berhormat Sungai Panjang) dan sebagainya. Walaupun Bak Kut Teh bukan makanan halal, tetapi kini makanan ini sudah ada versi vegetariannya dan ianya boleh menjadi makanan yang halal.

Antara makanan yang paling terkenal di Selangor ialah lontong dan pecal. Malah terdapat juga makanan tradisi yang sama seperti negeri lain seperti makanan sewaktu hari raya. Antara makanan yang menjadi sajian utama adalah ketupat, lemang, rendang ayam, kuah kacang, tapai, lontong dan pecal. Masakan berasaskan tempe juga amat masyhur di negeri ini. Ianya merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang soya dan menjadi kegemaran masyarakat jawa. Ia termasuk sayur goreng, kuah lontong, kerepek tempe dan sebagainya.

Penulis buku masakan, Norzailina Nordin, pernah berkata di Selangor, masyarakatnya banyak terpengaruh dengan gaya masakan orang Bugis. Beliau berkata: “Antara kuih tradisi yang semakin hilang dalam masyarakatnya adalah kuih Bugis Mandi. Kuih ini mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih Badak Berendam namun bebolanya lebih kecik menyerupai Buah Melaka." Pada dasarnya, kuih tradisional dulu mempunyai ciri yang hampir sama iaitu tepung pulut yang digiling sendiri, dikacau dengan campuran santan. Isinya kebanyakan kelapa parut yang dimasak dengan gula hangus kerana ketika dulu, gula merah sukar diperoleh."Jadi makanan yang sebegini perlu diberi perhatian dan dipastikan resipinya dapat dipelihara untuk diwarisi turun-temurun.

Antara makanan lain yang masyhur di selangor ialah tempe, lontong, mee bandung (terkenal di Klang), sayur kulur (terkenal bagi masyarakat Banjar), sate (terkenal di Kajang), rojak, rempeyek dan sebagainya.



Pecal



Kerepek Tempe



Kuih Bugis Mandi


MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SABAH

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum.  Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun.  Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan.
Selain perayaan, biasanya masyarakat kadazandusun yang tinggal di kampung masih mengamalkan cara makanan secara tradisional ini.  Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain yang diadakan oleh masyarakat kadazandusun.  Makanan masyarakat kadazandusun amat berbeza dari kaum-kaum yang lain yang terdapat di sabah.  Selain lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan.  Hal ini demikian kerana, keadaan semulajadi bentuk muka buminya yang benyak membekalkan sumber pencarian makanan kepada penduduknya. 
Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang, dan sebagainya. Hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar.Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih daripada 30 golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu.

Masyarakat kaum kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun temurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Antara makanan tradisi yang terkenal ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan , Sup Mahuk Liling dan lain-lain,disediakan dalam pelbagai cara. 



Petagas




Hinava Tinggi




Amplang



MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU

KEROPOK LEKOR 

Kalau kamu semua pergi Terengganu, apa yang pertama sekali bermain di minda????
Keropok lekor kannnnnn......??
Pelancong dalam negeri mahupun luar negeri yang datang ke Terengganu rata-rata pasti akan mencuba untuk menikmati keropok lekor..... Tak sah kiranya kalau tak merasainya... Bukan datang ke TERENGGANU lah namanya kalau tak mencuba......Betul tak.....?

Keropok lekor ialah sejenis makanan protein yang diperbuat daripada isi ikan dan juga tepung sagu serta garam dan gula.  Isi ikan yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain akan dibentukkan panjang-panjang dan akan direbus dalam air yang mendidih ataupun digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh.

Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi pelancong untuk mendapatkan keropok lekor ialah di Kampung Losong iaitu di Kuala Terengganu.....Di sana terdapat satu perkampungan yang dikenali sebagai Perkampungan Keropok Losong...Dan oleh sebab itulah keropok lekor Terengganu sering dikenali sebagai "Keropok Losong".....Di sana pelancong boleh memilih gerai-gerai yang disukai untuk mendapatkan keropok lekor.

Selain di Kampung Losong, keropok lekor juga terkenal dan mudah didapati di Kampung Batu Rakit... Di sana juga terdapat deretan kedai-kedai yang menjual keropok lekor sehingga pelancong tidak tahu mahu memilih yang mana satu. 



Kerepok Lekor Rebus



Keropok Lekor Goreng



Bahan-bahan :
12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya
Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terung dengan menggunakan minyak banyak.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.









KETUPAT SOTONG TERENGGANU




Bahan-bahan.
5-6 ekor sotong sederhana
1 cawan beras pulut
1 ½ cawan santan pekat
½ cawan santan cair
2 ulas bawang besar (dimayang)
seinci halia (dimayang)
sesudu kecik halba
garam dan gula secukup rasa
lidi/penyungkil gigi

Cara-cara.
Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan cair selama 2-3 jam.
Bersihkan sotong, buang kulitnya supaya kuah tidank menjadi merah.
Kemudian, isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan terlalu penuh kemudian tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan lidi.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan sotong separuh masak.
Masukkan bawang, halia, halba dan dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.  Biarkan ia mendidih sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
Sedia untuk dihidangkan.





KUIH BEKO





Bahan-bahan
2 cawan kelapa parut (kelapa muda/kulit hijau)
2 cawan tepung pulut
2-3 keping nisan/gula kabung/gula melaka
1 cawan air
secubit garam
2 biji telur

Cara-cara
Panaskan air didalam periuk dan masukkan nisan dan garam.  Masak sehingga mendidih.
Setelah nisan/gula kabung/gula melaka larut, angkat dan sejukkan.
Kemudian, masukkan tepung pulut dan telur. Gaul sehingga sebati.
Setelah sebati, masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati.  
Sudukan ke dalam acuan pembakar.
Bakarkan dengan menggunakan cara tradisional ataupun moden.
Jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
Jika menggunakan dapur arang, letakkan bara arang ke atas penutupnya dan tutup acuan pembakar.  Bakar selama 15-20 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.






SINGGANG IKAN TOMAN






Bahan-bahan.

2 ekor ikan toman (sederhana saiz/1kg)- kerat 6
3 cm lengkuas- dihiris
2 cm kunyit hidup- dihiris
3 keping asam
2 ulas bawang putih – dihiris hlus
2 biji bawang merah – dihiris halus
4 biji cili padi- diketuk
3 tangkai daun kesum
5 gm garam (kurang masin tambah lagi okey.....)
Sedikit bahan perasa
Air secukupnya

Cara menyediakan :
Masukkan air kedalam periuk sehingga paras ½ periuk..
Masukkan ikan dan biarkan ia mendidih.
Masukkan asam keping, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi serta daun kesum.
Biarkan ia mendidih lagi dalam 5-10 minit. Perasakan.
Sedia untuk dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA !!! 


MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN



Gulai Daging Salai




Sambal Petai Tempoyak Ikan Bilis




Gulai Pisang





Gulai Nenas dengan Ikan Masin





Sambal TempoyaK Daun 










MAKANAN TRADISIONAL NEGERI MELAKA




Asam pedas Melaka. Yummy !





Kuih ini diberi nama Buah Melaka sempena nama Melaka lah kan. Inti dalamnya gula merah. Pbila masuk dalam mulut, wahhhhh.... cair di mulut. Rasa satu nak dua lah. Ini lah keistimewaan kuih buah melaka. 




Tler Pindang makanan tradisi masyarakat Jawa di Melaka. 





Bubur Putih Bubur Merah merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat di Melaka terutamanya bagi masyarakat berketurunan Melayu dan Jawa.




Salah satu kuih tradisional yang popular di Melaka adalah bingka. Terdapat pelbagai jenis bingka seperti bingka ubi, bingka roti, bingka betawi. 






Monday, 1 December 2014

MAKANAN TRADISIONAL PULAU PINANG

Sejarah Nasi Kandar

Nasi kandar adakah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.


Sejarah Laksa

Laksa  merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan. Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.



Sejarah Pasembor

Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney. Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.
Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.


Sejarah Rojak

Rojak Pulau Pinang adalah hidangan salad buah-buahan campuran termasuk, antara lain, timun, hongkwak (lobak), nenas, jambu udara (rose epal, Syzygium jambos), dan mangga hijau. Bukan buah-buahan bahan-bahan yang ditambah untuk salad ini termasuk sotong, obor-obor, Eu Char Koay dan Taukuah (beancurds). Bersama-sama, mereka membentuk satu campur aduk eklektik (istilah "rojak" digunakan dalam ungkapan basahan bermakna mencampuradukkan eklektik) dihidangkan dengan berpakaian pes udang gelap dipanggil Hae ko (melekit belacan) dengan ditumbuk belacan (kek udang), cili serbuk , dan gula, dan mendahului dengan percikan berasaskan kacang panggang dan bijan.


Bukit Tambun Seafood




Laksa

Pasembor


Rojak



 Nasi Kandar

Dikemaskinikan daripada penulisan : http://cuteiconblogger12.blogspot.com/p/makanan.html,2/12/2014

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PAHANG

Asam rong atau asam rum merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.

 Asal asam rong

Perkataan asam rong ini berasal dari perkataan isirong iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain. Asam rong ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Pada asalnya asam rong ini diperbuat dari buah perah iaitu sejenis buah yang didapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Namun menyedari sukarnya mencari dan mendapatkan buah perah ini penduduk di sini mula mencari alternatif lain dengan menggantikan dengan biji getah iaitu biji dari pokok getah. Pada masa kini mereka menggunakan biji getah kerana ianya senang diperolehi berbanding dengan buah perah yang perlu dicari di dalam hutan tebal. Memandangkan kebanyakan penduduk di sini banyak menanam pokok getah sebagai sumber pendapatan utama mereka maka penggunaan biji getah untuk membuat asam rong ini memudahkan mereka mendapatkan bahan tersebut.
Asam rong ini bukanlah mempunyai rasa masam seperti lazim asam yang lain, ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan lemak. Mungkin kerana ianya diperam berbulan-bulan lamanya dan dipanggil asam oleh penduduk di sini lantaran cara penyedian dan penyimpanannya sama dengan asam yang lain.

 Cara memproses asam rong

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat asam rong ini ialah biji getah atau buah perah. Biji getah ini dikutip di bawah pokok getah yang gugur dari pokok-pokok getah yang telah matang. Biji getah ini dikumpulkan lalu dipecahkan kulitnya untuk mendapatkan isi yang berwana putih kerana biji getah ini mempunyai kulit yang keras dan licin.
Biji getah ialah biji yang dihasilkan dari pokok getah yang matang. Biji getah ini berbentuk bulat dan lonjong. Warnanya bergantung kepada baka pokok getah itu ada yang berwarna cokelat, hitam, merah-kemerahan, berjalur hitam dan putih. Saiz biji getah ini juga mengikut baka pokok tersebut ada yang kecil dan ada yang besar kebiasaanya dalam lingkungan (20mm hingga 35mm). Kulit di bahagian permukaannya keras, licin dan nipis dan mempunyai tertulang di bahagian belakang biji getah ini. Isinya bewarna putih dan ianya lembut serta kenyal.Biji getah ini akan gugur sendiri ke bumi jika ianya sudah cukup matang dan biji getah yang gugur ke bumi ini boleh mengeluarkan tunas dan boleh menjadi baka anak pokok getah yang baru.
Biji getah ini dikutip di bawah pokok getah dan kesemua biji getah ini dipecahkan lalu isinya dikumpul dan dijemur di tengah panas. Proses penjemuran ini memakan masa 3 hingga 7 hari bergantung kepada keadaan kekeringannya. Setelah kering isi biji getah tadi ditumbuk tetapi tidak terlalu hancur seperti menumbuk kacang untuk dibuat kuah ketupat.
Isi biji getah yang telah ditumbuk tadi lalu diperam di dalam bekas yang tertutup rapi dan sedia untuk dimasak. Kebiasaanya asam rong ini boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya walaupun tidak di simpan di dalam peti sejuk.

Keunikkan rasanya

Bagi yang baru pertama kali merasainya mungkin ada yang terus jatuh hati dengan keunikkan rasanya yang berbeza dengan masakan Melayu yang lain dan mungkin juga ada yang tidak menyukai dengan masakan ini. Bagi penggemar gulai asam rong ini aroma baunya sahaja sudah cukup memberikan selera makan yang cukup luar biasa. Bagi yang ingin merasai keaslian rasa gulai asam rong ini anda bolehlah mencari di beberapa buah restoran di sekitar pendalaman Pahang. Kini asam rong mula dipasarkan diserata Malaysia malah boleh didapati di beberapa pasaraya besar di negara ini.




Sumber : http://makanantradisionalpahang.blogspot.com, 2/12/2014.


MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SARAWAK


Ayam (paling sedap ayam kampung) yang dimasak di dalam buluh ini amat popular di kalangan kaum Iban dan Bidayuh. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu rasa yang tersendiri kepada makanan tersebut. Selain ramuan-ramuan seperti bawang putih, bawang merah, cili, daun ubi dan bahan sampingan lain menambahkan lagi keenakan manok pansuh.





Manok Pansuh


Sejenis makanan asli bagi kaum Melanau. Ianya diperbuat daripada sagu mentah yang berasal dari pohon sagu. Cara pembuatan linut mudah namun memerlukan teknik yang betul agar adunan linut tidak keras.
Bahan-bahan untuk membuat linut ialah sagu mentah dan air panas. Cara-cara membuatnya adalah dengan menjiruskan air panas secara perlahan-lahan ke dalam besen yang diisi sagu mentah. Jirusan air dan gaulan yang pantas perlu dilakukan dengan serentak agar adunan tersebut labih sempurna.

Linut biasanya dimakan bersama sambal yang diperbuat daripada belacan. Sayur-sayuran seperti terung iban, midin (daun pakis) dan sayur labu adalah makanan sampingan yang biasanya dihidang bagi melengkapi hidangan linut.








Linut

Juga merupakan makanan tradisional kaum Melanau yang diperbuat daripada sagu (lemantak) dicampur dengan kelapa parut dan dicicah dengan gula apong. Makan panas-panas tengah hujan sedap ni. 






Tumpik Lemantak


Sumber : http://myarja95.blogspot.com/2013/07/10-makanan-tradisi-sarawak.html, 1/12/2014

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERAK

Negeri Perak terkenal dengan makanan pelbagai kaumnya yang sedap seperti Mi Rebus, Rendang Tok, Satay, Nasi Kandar, Muruku, Ayam Taugeh, Kacang Puteh, Kopi Puteh dan banyak lagi. Setiap daerah di negeri ini memiliki keunikan makanannya yang tersendiri. Selain itu, buah-buahan seperti durian dan Limau Tambun amat sinonim dengan negeri bertuah ini. Durian di Perak terutama di Bukit Gantang unik kerana isinya tidak begitu kuning tetapi manis.

Di Ipoh, kebanyakan makanan yang popular ialah makanan yang bercirikan masyarakat Cina seperti Kopi Puteh, Ayam Taugeh dan Chee Cheong Fun. Kebanyakan makanan Cina ini boleh didapati di Pekan Lama Ipoh atau kopitiam-kopitiam. Kopi Puteh di Ipoh sebenarnya bukanlah berwarna putih seperti dimaksudkan tetapi kopi hitam yang mengeluarkan aroma berlainan kopi lain dan berbuih perang keputih-putihan.

Namun begitu, terdapat juga makanan masyarakat India yang terkenal di sini seperti Nasi Kandar dan Kacang Puteh. Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai 'Nasi Ganja' paling sedap dan digemari oleh orang-orang Ipoh ialah di Kedai Vanggey di Jalan Yang Kalsom dan Medan Selera Dato'Sagor. Untuk merasai masakan Melayu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mi Rebus di Restoran Mi Rebus Ramli dan Ikan Bakar di Restoran Tasik Raban yang tersohor dengan masakan kampung. Bagi yang ingin jimat, anda boleh menjamu selera di Medan Selera Stadium di mana terdapatnya Nasi Ekonomi dan Nasi Berlauk Ayam yang hanya berharga RM2. 

Kalau berkunjung ke Taiping, Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang menjadi sebutan dan menu santapan.  Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang. Harga makananya juga adalah mengikut saiz udang dari RM6-RM15. Gerai Mi Udang yang popular di sini ialah Gerai Mak Teh. Makanan laut juga boleh didapati di Lumut dan Parit Buntar.

Selain makanan laut, Taiping juga terkenal dengan cendol. Cendol yang popular di bandar ini ialah di Gerai Cendol Bismillah, Jalan Stesen dan Cendol Kamunting. Minuman manis ini juga amat terkenal di Kuala Kangsar dan Ipoh. Di Kuala Kangsar, cendol ini dijadikan juadah menjamu selera bersama-sama Laksa Kuala Kangsar yang lazat. Pengunjung boleh menikmati kedua-dua makanan ini di Medan Selera Kuala Kangsar dengan melihat pemandangan indah tebing Sungai Perak. Mengenai laksa, Laksa Kuala Kangsar  ini mempunyai kelainan dari laksa tempat lain dari segi kepekatan kuahnya.





Chee Cheong Fun, makanan istimewa kaum Cina di Perak.





Rendang Tok, makanan tradisi popular dan istimewa di Perak.




Nasi Kandar, makanan popular kaum India. Menjadi kesukaan ramai termasuk kaum Melayu dan Cina dan sangat popular di Perak. 



Sumber : http://makananistimewanegeri2dimalaysia.blogspot.com/, 1/12/2014