There was an error in this gadget

Friday, 5 December 2014

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI SELANGOR

Makanan juga merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia. Selain itu, makanan juga merupakan salah satu warisan tradisi kita. Makanan yang mempunyai kaitan dengan warisan sejarah rakyat pelbagai kaum di Selangor, contohnya Bak Kut Teh (makanan masyarakat kaum buruh kasar Tionghua), tempe (makanan masyarakat Jawa yang merupakan kesukaan Yang Berhormat Sungai Panjang) dan sebagainya. Walaupun Bak Kut Teh bukan makanan halal, tetapi kini makanan ini sudah ada versi vegetariannya dan ianya boleh menjadi makanan yang halal.

Antara makanan yang paling terkenal di Selangor ialah lontong dan pecal. Malah terdapat juga makanan tradisi yang sama seperti negeri lain seperti makanan sewaktu hari raya. Antara makanan yang menjadi sajian utama adalah ketupat, lemang, rendang ayam, kuah kacang, tapai, lontong dan pecal. Masakan berasaskan tempe juga amat masyhur di negeri ini. Ianya merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada kacang soya dan menjadi kegemaran masyarakat jawa. Ia termasuk sayur goreng, kuah lontong, kerepek tempe dan sebagainya.

Penulis buku masakan, Norzailina Nordin, pernah berkata di Selangor, masyarakatnya banyak terpengaruh dengan gaya masakan orang Bugis. Beliau berkata: “Antara kuih tradisi yang semakin hilang dalam masyarakatnya adalah kuih Bugis Mandi. Kuih ini mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih Badak Berendam namun bebolanya lebih kecik menyerupai Buah Melaka." Pada dasarnya, kuih tradisional dulu mempunyai ciri yang hampir sama iaitu tepung pulut yang digiling sendiri, dikacau dengan campuran santan. Isinya kebanyakan kelapa parut yang dimasak dengan gula hangus kerana ketika dulu, gula merah sukar diperoleh."Jadi makanan yang sebegini perlu diberi perhatian dan dipastikan resipinya dapat dipelihara untuk diwarisi turun-temurun.

Antara makanan lain yang masyhur di selangor ialah tempe, lontong, mee bandung (terkenal di Klang), sayur kulur (terkenal bagi masyarakat Banjar), sate (terkenal di Kajang), rojak, rempeyek dan sebagainya.



Pecal



Kerepek Tempe



Kuih Bugis Mandi


No comments:

Post a Comment