There was an error in this gadget

Friday, 5 December 2014

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU

KEROPOK LEKOR 

Kalau kamu semua pergi Terengganu, apa yang pertama sekali bermain di minda????
Keropok lekor kannnnnn......??
Pelancong dalam negeri mahupun luar negeri yang datang ke Terengganu rata-rata pasti akan mencuba untuk menikmati keropok lekor..... Tak sah kiranya kalau tak merasainya... Bukan datang ke TERENGGANU lah namanya kalau tak mencuba......Betul tak.....?

Keropok lekor ialah sejenis makanan protein yang diperbuat daripada isi ikan dan juga tepung sagu serta garam dan gula.  Isi ikan yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain akan dibentukkan panjang-panjang dan akan direbus dalam air yang mendidih ataupun digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh.

Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi pelancong untuk mendapatkan keropok lekor ialah di Kampung Losong iaitu di Kuala Terengganu.....Di sana terdapat satu perkampungan yang dikenali sebagai Perkampungan Keropok Losong...Dan oleh sebab itulah keropok lekor Terengganu sering dikenali sebagai "Keropok Losong".....Di sana pelancong boleh memilih gerai-gerai yang disukai untuk mendapatkan keropok lekor.

Selain di Kampung Losong, keropok lekor juga terkenal dan mudah didapati di Kampung Batu Rakit... Di sana juga terdapat deretan kedai-kedai yang menjual keropok lekor sehingga pelancong tidak tahu mahu memilih yang mana satu. 



Kerepok Lekor Rebus



Keropok Lekor Goreng



Bahan-bahan :
12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya
Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terung dengan menggunakan minyak banyak.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.









KETUPAT SOTONG TERENGGANU




Bahan-bahan.
5-6 ekor sotong sederhana
1 cawan beras pulut
1 ½ cawan santan pekat
½ cawan santan cair
2 ulas bawang besar (dimayang)
seinci halia (dimayang)
sesudu kecik halba
garam dan gula secukup rasa
lidi/penyungkil gigi

Cara-cara.
Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan cair selama 2-3 jam.
Bersihkan sotong, buang kulitnya supaya kuah tidank menjadi merah.
Kemudian, isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan terlalu penuh kemudian tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan lidi.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan sotong separuh masak.
Masukkan bawang, halia, halba dan dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.  Biarkan ia mendidih sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
Sedia untuk dihidangkan.





KUIH BEKO





Bahan-bahan
2 cawan kelapa parut (kelapa muda/kulit hijau)
2 cawan tepung pulut
2-3 keping nisan/gula kabung/gula melaka
1 cawan air
secubit garam
2 biji telur

Cara-cara
Panaskan air didalam periuk dan masukkan nisan dan garam.  Masak sehingga mendidih.
Setelah nisan/gula kabung/gula melaka larut, angkat dan sejukkan.
Kemudian, masukkan tepung pulut dan telur. Gaul sehingga sebati.
Setelah sebati, masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati.  
Sudukan ke dalam acuan pembakar.
Bakarkan dengan menggunakan cara tradisional ataupun moden.
Jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
Jika menggunakan dapur arang, letakkan bara arang ke atas penutupnya dan tutup acuan pembakar.  Bakar selama 15-20 minit.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.






SINGGANG IKAN TOMAN






Bahan-bahan.

2 ekor ikan toman (sederhana saiz/1kg)- kerat 6
3 cm lengkuas- dihiris
2 cm kunyit hidup- dihiris
3 keping asam
2 ulas bawang putih – dihiris hlus
2 biji bawang merah – dihiris halus
4 biji cili padi- diketuk
3 tangkai daun kesum
5 gm garam (kurang masin tambah lagi okey.....)
Sedikit bahan perasa
Air secukupnya

Cara menyediakan :
Masukkan air kedalam periuk sehingga paras ½ periuk..
Masukkan ikan dan biarkan ia mendidih.
Masukkan asam keping, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi serta daun kesum.
Biarkan ia mendidih lagi dalam 5-10 minit. Perasakan.
Sedia untuk dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA !!! 


No comments:

Post a Comment